separate
Start to read and think before judging without knowing anything.
Photobucket
logo

Friday, October 19, 2012

Asyraaf(;

Jual Isteri Demi Arak ?


Seorang lelaki di selatan India, menjual isterinya dengan harga Rs6,000 (RM419) untuk membiayai perangai buruknya yang suka minum arak. Akhbar Makkal Osai melaporkan, Medula Rajender, 42 tahun, bekerja sebagai buruh. Apabila dia kehabisan wang untuk membeli arak, dia membuat perjanjian dengan seorang broker untuk menjual isterinya, Medula Ammayi, 36 tahun. Kejadian itu didedahkan apabila polis menerima aduan daripada anak lelaki pasangan itu yang berusia 18 tahun. Rajender mengheret isterinya ke tempat menunggu bas dan menyuruhnya menunggu seseorang di situ. Medula berjaya melarikan diri ke kampung lain dan pergi ke rumah saudaranya dan menceritakan kepada mereka masalah yang dihadapi.

“Kami sudah berkahwin hampir 20 tahun dan saya tidak sangka yang dia akan berbuat demikian kepada saya,” katanya.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki lain yang berusia 12 dan 15 tahun. Polis berkata, Rajender sering mengganggu Medula untuk wang. – Asiaone



As a conclusion,

"Arak itu H.A.R.A.M"

Diturunkan di Madinah iaitu, 

يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما اثم كبير و منافع للناس 

(Mereka bertanyakan kepadamu(Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia...' ) surah Al Baqarah ayat 219.



يأيها الذين ءامنوا انما الخمر و الميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون . انما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله و عن الصلاة فهل أنتم منتهون 

(Wahai orang2 yang beriman, hanya sanya arak, berjudi, berkorban untuk berhala dan menilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dari perbuatan syaitan.. Maka jauhilah perbuatan2 itu agar kamu beruntung. Hanya sanya syaitan mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian antara kamu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu menghentikan semua perbuatan2 kamu ini?) surah Al Maidah ayat 90-91.




0 critize:

Post a Comment

logo
Copyright © 2012 Asyraaf .
Blogger Template by Clairvo